Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
DEFINISI MEMBACA
Membaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dan maklumat yang dibaca. Membaca juga dapat ditakrifkan sebagai proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman serta latar belakang pembaca ( Anderson & Pearson, 1984 ). Kedua-dua aktiviti pembacaan iaitu, membaca dan memberi makna merupakan proses yang konstruktif serta saling berhubung kait antara satu sama lain. Pemahaman makna yang diperoleh oleh pembaca dalam proses ini berlangsung daripada pengetahuan latar yang dirangsang oleh perkataan, ayat , dan perenggan penulis dalam bahan yang dibacanya. Walaupun pembaca tidak perlu memahami setiap perkataan yang terkandung pada setiap ayat yang dibaca, tetapi pembaca perlu bijak menggunakan pelbagai petanda yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut sebagai panduan bagi memahami maksud keseluruhan bahan yang dibaca. Proses ini dikenali sebagai proses menaakul atau meneka maksud berdasarkan petanda yang terdapat dalam bahan yang dibaca. Menaakul pula bermaksud membuat tekaan berasaskan sesuatu petanda yang dapat dijadikan panduan dalam proses meneka tersebut.
No comments:
Post a Comment