Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
DEFINISI
MEMBACA
Membaca
merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara
pembaca dan maklumat yang dibaca. Membaca juga dapat ditakrifkan sebagai proses
membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman serta latar
belakang pembaca ( Anderson & Pearson, 1984 ). Kedua-dua aktiviti pembacaan
iaitu, membaca dan memberi makna merupakan proses yang konstruktif serta saling
berhubung kait antara satu sama lain. Pemahaman makna yang diperoleh oleh
pembaca dalam proses ini berlangsung daripada pengetahuan latar yang dirangsang
oleh perkataan, ayat , dan perenggan penulis dalam bahan yang dibacanya.
Walaupun pembaca tidak perlu memahami setiap perkataan yang terkandung pada
setiap ayat yang dibaca, tetapi pembaca perlu bijak menggunakan pelbagai
petanda yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut sebagai panduan bagi memahami
maksud keseluruhan bahan yang dibaca. Proses ini dikenali sebagai proses
menaakul atau meneka maksud berdasarkan petanda yang terdapat dalam bahan yang
dibaca. Menaakul pula bermaksud membuat tekaan berasaskan sesuatu petanda yang
dapat dijadikan panduan dalam proses meneka tersebut.
No comments:
Post a Comment