expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, November 23, 2014

TEKNIK KWL

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang



TEKNIK KWL

Teknik K-W-L (Know-Want-Learned), diperkenalkan oleh Donna Ogle pada tahun 1986 dan telah dikembangkan oleh Carr dan Ogle ( 1987 ) Ia bertujuan untuk membantu pelajar memahami isi kandungan teks bacaan. Secara ringkasnya K-W-L bermaksud:

  • ·        Abjad "K" mewakili "KNOW" atau "Apa yang pelajar sudah sedia tahu"

  • ·        Abjad "W" mewakili "WHAT I WANT TO KNOW" atau "Apa yang pelajar ingin tahu"

  • ·        Abjad "L" mewakili "LEARNED" atau "Apa yang pelajar sudah pelajari"


Kaedah ini meliputi manghasilkan serta mencambahkan idea dalam tiga peringkat pembacaan iaitu sebelum pembacaan, semasa pembacaan dan selepas pembacaan. Pada peringkat sebelum pembacaan, pelajar akan ditanya mengenai apa yang mereka tahu tentang topik yang akan dibaca. Peringkat ini bertujuan untuk menaktifkan pengetahuan pelajar menganai topik tersebut. Apabila pelajar mula mengeluarkan idea mereka, penilaian akan berlau dan  mereka akan mula meimbulkan persoalan mengenai topik tersebut seterusnya dapat meningkatkan minat untuk membaca topik tersebut. Berdasarkan penilaian ini, guru boleh membantu pelajar dalam merumuskan beberapa persoalan.

Pada peringkat semasa pembacaan pula, pelajar akan ditanya mengenai apa yang mereka ingin tahu daripada topik yang dibaca. Pelajar akan mula menjawab semua persoalan yang ditimbulkan semasa peringkat pertama. Pada peringkat ini mereka akan mula memberikan jawapan berdasarkan apa yang mereka telah baca.

Seterusnya, peringkat selepas pembacaan pula memerlukan pelajar untuk menerangkan apa yang mereka dapat dan pelajari daripada pembacaan yang telah dilakukan. Jawapan pelajar mungkin akan berbeza-beza berdasarkan penilaian yang mereka lakukan dari peringkat pertama dan jawapan kepada persoalan setelah selesai membaca keseluruhan topik. Antara lain, guru juga boleh menimbulkan perbincangan antara pelajar dalam kelas mengenai apa yang telah dipelajari dari apa yang dibaca (Stephanie Macceca, 2007).

Pelaksanaan teknik KWL dalam bilik darjah ataupun penggunaannya secara individu untuk tujuan pembacaan secara kritikal tertumpu kepada penggunaan jadual KWL. Jadual KWL adalah seperti yang berikut:

Jadual KWL
K (KNOW)
Apakah yang saya ketahui?

W (WHAT)
Apakah yang ingin saya ketahui?
L (LEARN)
Apakah yang telah saya pelajari?
Dalam langkah ‘K’ seseorang pembaca bertanya kepada dirinya apa yang sudah diketahui tentang topik yang sedang dikaji.
Dalam langkah ‘W’ pembaca akan berfikir secara analitikal iaitu dengan bertanyakan soalan kepada diri sendiri tentang topik yang sedang dikaji.

Dalam langkah ‘L’ ini memberikan peluang kepada pembaca membuat refelksi berkaitan dengan apa yang sudah diketahui tentang topik yang dikaji.


Ketika bertanyakan soalan-soalan tersebut pembaca boleh mengamalkan teknik penyoalan 5W 1H:
W – What (Apa)
W – When (Bila)
W – Where (Di mana)
W – Why (Mengapa)
W – Who (Siapa)
H – How

Berdasarkan maklumat baharu yang diperolehi dan berdasarkan pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu topik bolehlah pembaca membuat kesimpulan baharu mengenai topik dikaji itu.

KELEBIHAN TEKNIK KWL
  • ·        Membantu pembaca mencipta pembacaan yang lebih efektif untuk diri sendiri.
  • ·        Menjelajahi topik yang dikaji daripada pelbagai perspektif.
  • ·    Membantu pembaca memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai sesuatu topik yang dikaji.
  • ·   Membantu pembaca membuat kesimpulan baharu mengenai topik yang dikaji berdasarkan maklumat baharu yang diperoleh dan dengan pengetahuan sedia ada berkaitan topik yang dikaji.
KELEMAHAN TEKNIK KWL
  • ·        membaca harus mengikuti langkah-langkah yang telah ditentukan
  • ·        memakan waktu yang banyak
  • ·        bisanya pembaca enggan mengikuti langkah-langkah
  • ·        hanya untuk membaca karangan atau buku buku ilmiah



Bagaimanakah kita boleh gunakan teknik K-W-L ini di kelas?

 Berikut adalah cadangan perlaksanaan:

Langkah 1: KNOW

1. Guru memulakan sesi pengajaran dengan sesi sumbang saran atau ‘brainstorming’         tentang apa jua maklumat yang pelajar tahu mengenai topik perbincangan.

2. Contohnya, guru akan mengajar tentang subjek Sains di bawah "Menyiasat Alam           Kehidupan". Topik pada hari itu pula ialah "Kelawar". Pelajar akan menulis                   seberapa banyak idea yang mungkin di atas lembaran kerja K-W-L. Bantulah pelajar     menjana idea juga dengan memberi ‘hint’ atau bayangan sepatutnya.

3. Pelajar juga boleh membuat kategori kecil untuk memudahkan mereka mengekstrak    pengetahuan sedia ada tentang kelawar. Di bawah kategori kecil itu, pelajar akan          senaraikan isi dan fakta mengenai kelawar.

4. Anggaplah langkah ini sebagai inventori pra-pembacaan. Maklumat awal ini akan        bertindak sebagai perancah (scaffold) untuk menyokong maklumat baru yang akan        pelajar diterima.

Contoh pengisian pada ruang KNOW:
-         Kelawar makan pisang dan buah
-         Kelawar ialah sejenis haiwan mamalia
-         Kelawar terbang pada waktu malam




Langkah 2 : WHAT

1. Pelajar kemudiannya menyenaraikan apa sahaja yang mereka ingin tahu tentang           kelawar. Jika pelajar menghadapi masalah, guru akan berikan sedikit hint atau               bayangan.

2. Pelajar boleh menggunakan konsep soalan aras rendah. Soalan-soalan sebegini             mengandungi "apa", "siapa", "bila" dan "di mana". Contohnya, "Di mana kelawar         tinggal?", "Apakah makanan kelawar?" dan "Bila kelawar memburu?"

3. Minta pelajar untuk fikirkan juga soalan aras tinggi dan lebih kompleks. Contohnya,    "Jika ia mempunyai mata yang kecil dan penglihatan yang kurang baik,                           bagaimanakah ia memburu dengan baik?"

    Contoh pengisian pada ruang WANT
-         Apakah makanan kelawar?
-         Bilakah kelawar memburu?
-         Adakah kelawar hisap darah?
-         Bagaimanakah ia tidur?
-         Jika matanya kecil, bagaimana ia memburu dengan baik?



Langkah 3 : LEARNED

1. Seterusnya, pelajar menggunakan lembaran kerja untuk mengisi fakta yang sudah         diperolehi selepas membaca teks atau selepas guru mengajar tentang topik itu.

    Contoh pengisian pada ruang LEARNED
-         Ada 118 spesies kelawar di Malaysia
-         Malaysia ada 10% populasi kelawar dunia.
-         Kelawar ialah pemangsa haiwan perosak yang cekap.
-         Kelawar memburu dengan menggunakan kaedah pengesanan gema.

2. Pelajar juga akan kembali ke KNOW. Mereka diminta untuk melihat kembali fakta       yang tidak betul dan memerlukan pembetulan. Contohnya, pada awal bacaan, pelajar     meletakkan fakta , "Kelawar bertelur (kerana burung yang terbang juga bertelur)".         Fakta itu dibetulkan kepada, "Kelawar ialah mamalia dan ia melahirkan anak."

Contoh jadual KWL








No comments:

Post a Comment