expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, November 23, 2014

Teknik Prosedur Request

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Prosedur Request merupakan satu teknik yang bertujuan membantu para pelajar membaca sesebuah teks secara kritikal melalui kaedah penyoalan. Prosedur Request merupakan sebuah teknik pembacaan yang dinamik kerana guru dan pelajar saling berinteraksi dalam proses pembacaan.


Cadangan Tatacara Pelaksanaan Prosedur Request di Kelas




KELEBIHAN TEKNIK PROSEDUR REQUEST

  • Mewujudkan sikap pemikiran yang bersifat kritikal dan analitikal dalam kalangan pelajar   dengan cara menggalakkan sikap suka bertanya.


  • Mewujudkan peluang kepada pelajar untuk bertanya kepada guru setelah selesai membaca bagi meningkatkan kefahaman yang lebih mendalam.


  • Mewujudkan suasana pembacaan yang dinamik dengan penglibatan aktif guru dan pelajar saling menyoal antara satu sama lain.


KELEMAHAN TEKNIK PROSEDUR REQUEST
  • Guru sukar memberikan tumpuan kepada keseluruhan pelajar di dalam bilik darjah kerana terdapat monopoli pelajar tertentu yang aktif bertanya di dalam bilik darjah.


  • Proses pengajaran dan pembelajaran akan mengambil masa yang lama bagi satu-satu perkara atau tema kerana guru perlu menerangkan sehingga pelajar benar-benar faham mengenai makna teks.


  • Guru yang kurang menguasai kandungan teks akan sukar menerangkan kepada para pelajar mengenai maksud sebenar yang terdapat di dalam sesuatu petikan.

    AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

  Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya perlu menggunakan cara yang mengajar tertentu. Rancangan yang dilaksanakan merupakan sebuah strategi dalam proses pengajaran. Prosedur Request merupakan satu teknik yang bertujuan membantu para pelajar membaca sesebuah teks secara kritikal melalui kaedah penyoalan. Prosedur Request merupakan sebuah teknik pembacaan yang dinamik kerana guru dan pelajar saling berinteraksi dalam proses pembacaan mahupun pembelajaran.

Sebagai contoh, untuk mengajarkan sebuah kelas memanah, guru perlu merancang strategi serta pendekatan yang hendak digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara memanah kepada pelajar dan bolehkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Guru perlu merancang pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Teknik bersoal jawab dengan pelajar seperti yang terdapat dalam teknik Prosedur Request adalah sangat berkesan dalam proses kefahaman para pelajar.

Kesimpulannya ialah sesebuah strategi pengajaran yang dipilih perlulah mesra pengguna untuk memperoleh kesan pengajaran yang optimum. Strategi yang baik akan menggunakan masa dan tenaga yang kurang tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum.

TEKNIK KWL

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang



TEKNIK KWL

Teknik K-W-L (Know-Want-Learned), diperkenalkan oleh Donna Ogle pada tahun 1986 dan telah dikembangkan oleh Carr dan Ogle ( 1987 ) Ia bertujuan untuk membantu pelajar memahami isi kandungan teks bacaan. Secara ringkasnya K-W-L bermaksud:

  • ·        Abjad "K" mewakili "KNOW" atau "Apa yang pelajar sudah sedia tahu"

  • ·        Abjad "W" mewakili "WHAT I WANT TO KNOW" atau "Apa yang pelajar ingin tahu"

  • ·        Abjad "L" mewakili "LEARNED" atau "Apa yang pelajar sudah pelajari"


Kaedah ini meliputi manghasilkan serta mencambahkan idea dalam tiga peringkat pembacaan iaitu sebelum pembacaan, semasa pembacaan dan selepas pembacaan. Pada peringkat sebelum pembacaan, pelajar akan ditanya mengenai apa yang mereka tahu tentang topik yang akan dibaca. Peringkat ini bertujuan untuk menaktifkan pengetahuan pelajar menganai topik tersebut. Apabila pelajar mula mengeluarkan idea mereka, penilaian akan berlau dan  mereka akan mula meimbulkan persoalan mengenai topik tersebut seterusnya dapat meningkatkan minat untuk membaca topik tersebut. Berdasarkan penilaian ini, guru boleh membantu pelajar dalam merumuskan beberapa persoalan.

Pada peringkat semasa pembacaan pula, pelajar akan ditanya mengenai apa yang mereka ingin tahu daripada topik yang dibaca. Pelajar akan mula menjawab semua persoalan yang ditimbulkan semasa peringkat pertama. Pada peringkat ini mereka akan mula memberikan jawapan berdasarkan apa yang mereka telah baca.

Seterusnya, peringkat selepas pembacaan pula memerlukan pelajar untuk menerangkan apa yang mereka dapat dan pelajari daripada pembacaan yang telah dilakukan. Jawapan pelajar mungkin akan berbeza-beza berdasarkan penilaian yang mereka lakukan dari peringkat pertama dan jawapan kepada persoalan setelah selesai membaca keseluruhan topik. Antara lain, guru juga boleh menimbulkan perbincangan antara pelajar dalam kelas mengenai apa yang telah dipelajari dari apa yang dibaca (Stephanie Macceca, 2007).

Pelaksanaan teknik KWL dalam bilik darjah ataupun penggunaannya secara individu untuk tujuan pembacaan secara kritikal tertumpu kepada penggunaan jadual KWL. Jadual KWL adalah seperti yang berikut:

Jadual KWL
K (KNOW)
Apakah yang saya ketahui?

W (WHAT)
Apakah yang ingin saya ketahui?
L (LEARN)
Apakah yang telah saya pelajari?
Dalam langkah ‘K’ seseorang pembaca bertanya kepada dirinya apa yang sudah diketahui tentang topik yang sedang dikaji.
Dalam langkah ‘W’ pembaca akan berfikir secara analitikal iaitu dengan bertanyakan soalan kepada diri sendiri tentang topik yang sedang dikaji.

Dalam langkah ‘L’ ini memberikan peluang kepada pembaca membuat refelksi berkaitan dengan apa yang sudah diketahui tentang topik yang dikaji.


Ketika bertanyakan soalan-soalan tersebut pembaca boleh mengamalkan teknik penyoalan 5W 1H:
W – What (Apa)
W – When (Bila)
W – Where (Di mana)
W – Why (Mengapa)
W – Who (Siapa)
H – How

Berdasarkan maklumat baharu yang diperolehi dan berdasarkan pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu topik bolehlah pembaca membuat kesimpulan baharu mengenai topik dikaji itu.

KELEBIHAN TEKNIK KWL
  • ·        Membantu pembaca mencipta pembacaan yang lebih efektif untuk diri sendiri.
  • ·        Menjelajahi topik yang dikaji daripada pelbagai perspektif.
  • ·    Membantu pembaca memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai sesuatu topik yang dikaji.
  • ·   Membantu pembaca membuat kesimpulan baharu mengenai topik yang dikaji berdasarkan maklumat baharu yang diperoleh dan dengan pengetahuan sedia ada berkaitan topik yang dikaji.
KELEMAHAN TEKNIK KWL
  • ·        membaca harus mengikuti langkah-langkah yang telah ditentukan
  • ·        memakan waktu yang banyak
  • ·        bisanya pembaca enggan mengikuti langkah-langkah
  • ·        hanya untuk membaca karangan atau buku buku ilmiah



Bagaimanakah kita boleh gunakan teknik K-W-L ini di kelas?

 Berikut adalah cadangan perlaksanaan:

Langkah 1: KNOW

1. Guru memulakan sesi pengajaran dengan sesi sumbang saran atau ‘brainstorming’         tentang apa jua maklumat yang pelajar tahu mengenai topik perbincangan.

2. Contohnya, guru akan mengajar tentang subjek Sains di bawah "Menyiasat Alam           Kehidupan". Topik pada hari itu pula ialah "Kelawar". Pelajar akan menulis                   seberapa banyak idea yang mungkin di atas lembaran kerja K-W-L. Bantulah pelajar     menjana idea juga dengan memberi ‘hint’ atau bayangan sepatutnya.

3. Pelajar juga boleh membuat kategori kecil untuk memudahkan mereka mengekstrak    pengetahuan sedia ada tentang kelawar. Di bawah kategori kecil itu, pelajar akan          senaraikan isi dan fakta mengenai kelawar.

4. Anggaplah langkah ini sebagai inventori pra-pembacaan. Maklumat awal ini akan        bertindak sebagai perancah (scaffold) untuk menyokong maklumat baru yang akan        pelajar diterima.

Contoh pengisian pada ruang KNOW:
-         Kelawar makan pisang dan buah
-         Kelawar ialah sejenis haiwan mamalia
-         Kelawar terbang pada waktu malam




Langkah 2 : WHAT

1. Pelajar kemudiannya menyenaraikan apa sahaja yang mereka ingin tahu tentang           kelawar. Jika pelajar menghadapi masalah, guru akan berikan sedikit hint atau               bayangan.

2. Pelajar boleh menggunakan konsep soalan aras rendah. Soalan-soalan sebegini             mengandungi "apa", "siapa", "bila" dan "di mana". Contohnya, "Di mana kelawar         tinggal?", "Apakah makanan kelawar?" dan "Bila kelawar memburu?"

3. Minta pelajar untuk fikirkan juga soalan aras tinggi dan lebih kompleks. Contohnya,    "Jika ia mempunyai mata yang kecil dan penglihatan yang kurang baik,                           bagaimanakah ia memburu dengan baik?"

    Contoh pengisian pada ruang WANT
-         Apakah makanan kelawar?
-         Bilakah kelawar memburu?
-         Adakah kelawar hisap darah?
-         Bagaimanakah ia tidur?
-         Jika matanya kecil, bagaimana ia memburu dengan baik?



Langkah 3 : LEARNED

1. Seterusnya, pelajar menggunakan lembaran kerja untuk mengisi fakta yang sudah         diperolehi selepas membaca teks atau selepas guru mengajar tentang topik itu.

    Contoh pengisian pada ruang LEARNED
-         Ada 118 spesies kelawar di Malaysia
-         Malaysia ada 10% populasi kelawar dunia.
-         Kelawar ialah pemangsa haiwan perosak yang cekap.
-         Kelawar memburu dengan menggunakan kaedah pengesanan gema.

2. Pelajar juga akan kembali ke KNOW. Mereka diminta untuk melihat kembali fakta       yang tidak betul dan memerlukan pembetulan. Contohnya, pada awal bacaan, pelajar     meletakkan fakta , "Kelawar bertelur (kerana burung yang terbang juga bertelur)".         Fakta itu dibetulkan kepada, "Kelawar ialah mamalia dan ia melahirkan anak."

Contoh jadual KWL








DEFINISI MEMBACA




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang





DEFINISI MEMBACA


          Membaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dan maklumat yang dibaca. Membaca juga dapat ditakrifkan sebagai proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman serta latar belakang pembaca ( Anderson & Pearson, 1984 ). Kedua-dua aktiviti pembacaan iaitu, membaca dan memberi makna merupakan proses yang konstruktif serta saling berhubung kait antara satu sama lain. Pemahaman makna yang diperoleh oleh pembaca dalam proses ini berlangsung daripada pengetahuan latar yang dirangsang oleh perkataan, ayat , dan perenggan penulis dalam bahan yang dibacanya. Walaupun pembaca tidak perlu memahami setiap perkataan yang terkandung pada setiap ayat yang dibaca, tetapi pembaca perlu bijak menggunakan pelbagai petanda yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut sebagai panduan bagi memahami maksud keseluruhan bahan yang dibaca. Proses ini dikenali sebagai proses menaakul atau meneka maksud berdasarkan petanda yang terdapat dalam bahan yang dibaca. Menaakul pula bermaksud membuat tekaan berasaskan sesuatu petanda yang dapat dijadikan panduan dalam proses meneka tersebut.